31 December 2012

azam

seperti tahun ni dan tahun-tahun sebelumnya,gua tak pernah ambil port pasal azam-azam ni semua. bahkan,untuk ambil port pasal azamudin akhil pn lagi la tak pernah. jauh sekali kalau pasal abang azam blok 13 orang kuat pemuda umno cawangan melor tu.

tapi esok merangkap tahun depan gua rase semacam ada satu kuasa yang tah datang dari mane-mane tah menghasut gua untuk berazam.

macam biasa,azam gua ialah untuk tidak mempunyai azam.

30 December 2012

pencuri

kadang-kadang aku rasa kesal dengan sikap segelintir pencuri di malaysia ni. apakah dengan mencuri sebelah bahagian selipar aku itu dapat memberi kebahagian yang abadi pada mereka?

apakah mungkin pencuri itu berkaki satu? atau mungkin pencuri itu cuba memberi hadiah kepada rakannya yang berkaki satu? ah,pandai-pandai ko la.

Hal

"Dalam banyak-banyak hal,hal yang paling bangsat sekali ialah bila masing-masing buat hal sendiri. " kata gua kepada budin thrasher sambil beliau mengangguk dan buat hal sendiri.

Nampak menyerlah kekebalan budin dari segi menepis bahasa-bahasa sinis gua. Tidak semua manusia yang mempunyai daya tahan yang jitu seperti budin.

29 December 2012

lambat.

Lambat pergi kerja ni ade dua jenis sebenarnya. Satu lambat sengaja-sengaja. satu lagi tak sengaja bangun lambat. tapi gua tadi pagi punya lambat,sebab dua-dua jenis ni. amacam? legend tak?

27 December 2012

nyte!

Sekarang sudah pukul 3 pagi. kalau bukan disebabkan mate gua yang mengantuk,mesti gua sedang bermain bola.

Main bola dekat psp ok. kbye.

masalah problem

Dalam mengharungi hidup sehari-hari,seringkali kita ditimpa masalah.kehilangan selipar jepun cap tat seng,maxis mencuri kredit secara sambilan,makwe merajuk lari ikut bangla,kedai komputer buka lambat,bercanggah pendapat dengan pok long,dikacau segelintir polis celake,pak menteri makan rasuah,tambang bas tak cukup dan beraneka masalah.

Sekarang masalahnya ni,gua nak pergi ke tidak penang ni? gua pening ni.
hey masalah masalah masalah.

26 December 2012

santa

Semalam gua dah berjanji kalau santa datang rumah gua senyap-senyap gua sebat pakai kayu besbol. walaupun yang datang tu auntie santa bekas jiran sebelah rumah gua.

Celake ape kecik-kecik dulu gua berlage kepala dengan anak dia serta-merta keluar telur kat kepala gua.

Nasib baik auntie santa dengan santa santa semua tak datang malam semalam.

24 December 2012

Bahan.

Dalam sibuk kita membahan orang,terkadang kita dibahan,pasaan jugak kn?

31 October 2012

Amaran atau Mengajar?

(sila klik pada lambang aji-no-moto untuk pembesaran gambar)


Adakah korang pernah dapat application yang macam ni dekat news feed facebook korang? mesti korang like kn bile dapat application yg mcm ni? yela,sebab mesti la korang nak tau kn ape isi dalam. tajuk dah menawan dan konon-konon untuk alert pada orang ramai pasal bahaya bende ni. Tapi...tahukah korang?

Hehehehe...

Tahukah korang,yang sebenarnye,pada gua bende ni bukan nak alert orang ramai untuk berjage-jage akan bahaya coca no moto (coca-cola+aji no moto) tapi sebenarnye lebih kepada nak mengajar orang jadi perogol. pasal ape? pasal application tu sendiri dah mengajar cara dan bahan yg boleh digunakan. tak ke bangang namenye nak suruh orang alert dengan cara macam tu? penjenayah tak mungkin akan tunjuk depan mangsa untuk campur aji-no-moto dengan coca-coca kn? kalau tunjuk,memang penjenayah tu pn sama sekali kategori bangang la.

So,kalau nak alert kn orang ramai tentang bahaya bende-bende macam ni,cakap aje la,jage-jage bile keluar dengan orang baru kenal. jangan minum air yg dah dibuka. lagi bagus jangan minum coca-cola terus. macam gua,boikot abes. produk zionis lah katekan. tapi tak semua gua dapat boikot. mane yang senang nak diboikot macam makan kt MEKDOLAH ke,PEPSI ke,COKE ni ke,memang gua takkan keluar kn duit untuk bende macam ni.

Pikir lah sendiri,adakah baik application yg macam ni dibuat atau tidak.

01 October 2012

Awek hot

Gua kopipes dari fesbuk seorang budak yang mungkin HotSentap daripada pandangan sisi atas bawah mata beliau sendiri.

huhui ! Blahblabla here ^^ kau nak add aku yea ?
ohh , sudah tentu boley sayanggg :)
tapi kau kene follow rules aku , boleh kan sayanggg ? :)

♥ kau fucker kau blah !
♥ kau copycat kau boleh pegy mamposs !
♥ kau gedik itu kau punye pasal !

DP kau tuh biar mukee kau sndry , jgn kau nak mengadee letak muka kartun laa , kereta laa ape laa bagai . kau jangan ingat aku nak app kau eh , harap maaf . kau memang aku reject awal-awal yea :)

aku akan terus delete kau kalau kau macam sial !
then , if hati aku memang sakit or tk puas dengan kau . aku terus block tau ! FULLSTOP ! do add do talk , do hate do blah okay !
kau jangan nak jadi stalker laaa fucker !
be nice to me and i will respect you :) GOT IT ? ♥ Tenkiuu sayangg ♥


Persoalan yang sering menjalar di otak belah kiri gua ialah,adakah budak-budak sebegini sangat hot tahap akak retis sampai ade undang-undang bagai pulok? atau pun dekat fesbuk sekarang memang tengah musim tulis benda-benda macam ni?

Seringkali gua terase nak lempang muke kucing gua bila terbukak profil awek hot yang ade rules macam ni. erghh...sumpah gua terasa menyampah.

12 September 2012

celaru

Gua sememangnya mempunyai masalah kalau nak buat sesuatu keputusan. selalunya keputusan yang gua buat tu mesti salah. Kalau keputusan yang gua buat tu tepat,kira nasib baik la tu. Gua pun tak tau kenape jadi macam ni. Mungkin jugak sebab nasib,atau jugak mungkin otak kiri gua mempunyai masalah kemasukan oksigen dengan sempurna. :)

22 August 2012

Trololol pt.2

Bahan ujikaji gua dalam ni ialah en.kening. :p

Trololol

Dalam diam,darah gua ni berseni jugak bila buat kerja-kerja pedajal orang ni.

07 June 2012

Gua,polis,pemimpin dan masyarakat.

Sebagai manusia biasa,gua geram dengan mat rempit yang libas polis trafik dengan helmet sampai koma. Dan sebagai manusia biasa jugak,gua geram dengan polis yg merembat demonstran Bersih masa tu.

Dalam situasi mcm ni,kita semua sama aje. Takde makne kata rakyat benci polis. Gua benci pada polis yg bersikap ganas,takde adab dan kurang ajar.


Tidak ade sebab utk kita semua membenci orang lain tanpa sebab. Senang kn? Pada gua,hanya orang bodoh dan tuli sahaje yg akan dengar dan ikut kata pemerintah,walaupun secara terang mereka salah.


So,kepada rakan gua yg perli2 gua cakap gua fuck polis ape semua,anda adalah kategori kurang membaca dan malas mencari bahan. Anda adalah sampah masyarakat yg sebenar di mata gua. Main lah dam haji dan berjudi sampai lebam asalkan perdana menteri kita MELAYU. Kahkahkah.