05 September 2014

Antara cepat dengan lambat.

9 tahun dahulu,aku pernah minta nombor telefon budak kelas aku ni. tapi dia tak bagi. tiba-tiba baru ni jumpa balik kat fesbuk,mintak sekali terus dapat. kuasa tuhan nk bagi aku nombor dia,cuma cepat dengan lambat aje.

11 tahun dulu aku pernah suka dekat dia. masa tu kitorang sekelas dalam tingkatan 3. punya aku angau dekat dia sampaikan tiap-tiap minggu nak pergi pasar malam dengan harapan dapat terserampak dengan dia. tapi time tu dia sombong tak pandang aku. tiba-tiba baru ni dia add kat fesbuk,dan kitorang boleh dikatekan rapat. kuasa tuhan nak rapat kan aku dengan dia selepas 11 tahun. syukur aje lah,tapi yang tak best nya,aku dah tak boleh nk suka dia macam mane aku angau kat dia satu part dulu. so kitorang pn berkawan je lah macam biasa sampai dia ade boyfren.

14 tahun dulu aku pernah menyamar guna nama sorang mamat ni untuk call budak yang aku minat. walaupun time tu aku tak rapat langsung dengan mamat ni. aku guna nama dia sebab budak yang aku minat tu kawan dengan mamat ni. hahaha..jahat jugak aku aku mase umur 12 tahun dulu. dan kuasa tuhan jugak. baru-baru ni lepas satu sessi mini reunion aku terus jadi rapat dengan dia. sumpah sampai sekarang diorang tak tau aku punye kerja mase umur 12 tahun dulu tu. haha..

kesimpulan dia sekarang ni. kalau kita tak dapat ape yang kita hajat,mungkin belum tiba masa tuhan nak bagi. jadik bersabar je lah. jangan dok maki hamun tak tentu hala. hahaha.. in sha allah ape yang kita hajat semua boleh makbul. cuma masa je yang tentukan. antara cepat atau lambat.



*Baru-baru ni aku ade usha sorang makwe umur 15 tahun yang muke hampir sama dengan ex aku. comel same. lesung pipit same. aku melting ohh.. kali ni aku harap aku dapat usha dia tanpa memakan mase sampai berbelas tahun. hihihi...

31 August 2014

sehelai komik sisipan

Kelakar ke tak kelakar?


ok,gua tengah boring sebenarnye. sekian.

23 August 2014

Sakit mata

Sebenarnya...

Mata aku jadi kelabu bila bace blog aku sendiri. warna background dengan font tak kena tema ni. Nak repair tak reti. Kalau ade sape sape yang tersinggah ni,harap pakai cermin mata hitam kalau nak bace.

Tu pun kalau nak baca lah. tak nak takpe.

19 July 2014

Nafsu update

Tetiba rasa bernafsu pulak nak update blog. Nah ni gua update. bace la woi.

21 May 2013

Mari beli kebahagiaan.

HaHaHaHaHaHa!




Sekarang baru gua tau.... MurahNya harga sebuah kebahagiaan.

:) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :)

02 April 2013

see who's looking at your profile

Dari zaman friendster bawak ke myspace sampai ke facebook. Benda-benda pepijat ni tak pernah hilang. ade aje generasi baru yg muncul. 

korang korang tu kalau dah nampak benda benda pelik macam ni jangan la gapil sangat tangan tu nk klik. karang dah kene spam keluar gambar mengarut macam ni kat profil korang sendiri jugak yang maki marah kan facebook.





*ni adalah contoh pepijat yang tengah hot menyerang budak-budak jenis tangan gapil suka main klik tak tengok isi.

31 March 2013

Lubang dan joging

Memandangkan gua sekarang sudah kekurangan stamina. Bila main futsal pn sekejap dah macam kuda semput. Malam tadi dengan semangat yang jitu,gua berazam untuk bangun pagi dan mulakan langkah berjoging.

"besok apa nak jadi,jadi la. yang penting bangun." Bisik gua di telinga sendiri.

**menjelang besok.

"Ahh celake ape nak berjoging kalau matehari dah tegak macam ni,ikan siakap pun pandai komplen kalau mak dia suruh pergi kedai time panas macam ni tau." Rungut gua dalam hati.

Sebenarnya memang betul lah kata orang. Dalam banyak-banyak lubang,ade satu lubang yang paling nikmat.


Lubangun pagi,lu tarik selimut,lu tidur balik.