15 August 2011

Kuarma.

Tahun 1996

KEPOWW KEPOOWW DUSHH~

NENONENONENO~

"ape la punya barai perangai batman ni,dah pukul orang jahat tu kasi terbaring lepastu pergi tolong telefon ambulan". Marah gua sambil pekena air sirap cap dua singa.

"Tau takpe,baik tak payah jadi batman. jadi ultraman lagi bagus sekali fire berkecai terus orang tu nanti". sambung abang gua sambil rampas sirap gua.

****************************

Dulu-dulu gua tak kenal lagi ayat hukum karma. Kalau buah kurma gua kenal. Sebab gua dan rakan sebaya pernah buat projek tanam kurma belakang rumah untuk persiapan puasa dan pasaran tempatan. tapi malang sekali tak berjaya. Kebetulan jiran depan rumah gua belah atas satu tingkat ni bernama yusof. Gua syak dia curi idea gua ni dari dulu untuk buat bisnes kurma ni.Nampak gaya menjadi projek dia.

Tapi itu cerita lama.
Ini cerita baru yang gua nak cerita bulan lepas.

"TUNG TANG TUNG TANG" bunyi kuali yang gua hentam mase masak nasi goreng customer.
tengah gua stim layan masak nasi goreng,tiba-tiba gua tengok luar budak-budak kedai talipon dengan budak giant tengah kejar orang. Dengar kabor orang curi enset. Gua buka pintu belakang ikut kejar pakai senduk. Sekali tak jauh si penyamun lari jatuh tersanggul batu,ape punya malang la.

Pak Puk Pak Puk Tung Tang bunyi kena pukul termasuk dengan senduk gua. Sampai pencuri tu terbaring dengan tiba-tiba gua terasa 1 perasaan. Tak pasal-pasal perangai gua jadi serupa batman yang dulu-dulu gua tengok dekat peti televisyen.

Haru....

30 March 2011

air power




Ini air gua buat sendiri. kalau lu orang cari kat dalam menu tempat kerja gua pun lu orang takkan dapat jumpa sebab gua yang cipta resipi air ni. Hak milik,nasib dan masa depan air ni berada di tangan gua sekarang. so kalau ada sape-sape yang nak rase air ciptaan gua ni,jangan malu-malu jumpa gua mintak gua buatkan satu.

Gua memang takde masalah kalau setakat kawan-kawan datang nk lepas dahaga mintak air ni kat gua. Masalahnya cuma kalau lu orang curi rahsia dan buat sendiri senyap-senyap belakang gua,memang gua naik angin. gua dapat tau ade kes macam ni,gua saman terus takde banyak bicara.

Sekarang gua sibuk memanjang dengan kerja,so belum ada masa untuk pikir nama air dengan pergi buat hak eksklusif untuk air ni.

Lu orang kalau nak minum kena ikut petua gua.
Minum sikit-sikit jangan tamak nak 1 shot sampai habis macam along gemok buat. gua lempang nanti. kalau lu orang tumbang sebab tak dengar nasihat,nasib la.

28 March 2011

Hahahahantu...

Malam tadi gua balik dari cc nak dekat pukul 3 pagi hujan tengah renyai-renyai.

Gua nak lalu jalan haram belakang blok 13 gua syak ade hantu. So gua pusing ikut jalan jauh sikit yang banyak kereta lalu-lalang dan terang.

Kira usaha gua berbaloi la jugak sebab sepanjang jalan balik gua tak jumpe hantu. Tapi yang gua kesal,gua boleh jumpa road block pulak. Celake!

23 February 2011

spam inbox?

ape bende spam inbox ni? boleh makan ke? ade pulak org komen yg aku x dpat bace. jahanam la blog ni.