30 March 2011

air power




Ini air gua buat sendiri. kalau lu orang cari kat dalam menu tempat kerja gua pun lu orang takkan dapat jumpa sebab gua yang cipta resipi air ni. Hak milik,nasib dan masa depan air ni berada di tangan gua sekarang. so kalau ada sape-sape yang nak rase air ciptaan gua ni,jangan malu-malu jumpa gua mintak gua buatkan satu.

Gua memang takde masalah kalau setakat kawan-kawan datang nk lepas dahaga mintak air ni kat gua. Masalahnya cuma kalau lu orang curi rahsia dan buat sendiri senyap-senyap belakang gua,memang gua naik angin. gua dapat tau ade kes macam ni,gua saman terus takde banyak bicara.

Sekarang gua sibuk memanjang dengan kerja,so belum ada masa untuk pikir nama air dengan pergi buat hak eksklusif untuk air ni.

Lu orang kalau nak minum kena ikut petua gua.
Minum sikit-sikit jangan tamak nak 1 shot sampai habis macam along gemok buat. gua lempang nanti. kalau lu orang tumbang sebab tak dengar nasihat,nasib la.

28 March 2011

Hahahahantu...

Malam tadi gua balik dari cc nak dekat pukul 3 pagi hujan tengah renyai-renyai.

Gua nak lalu jalan haram belakang blok 13 gua syak ade hantu. So gua pusing ikut jalan jauh sikit yang banyak kereta lalu-lalang dan terang.

Kira usaha gua berbaloi la jugak sebab sepanjang jalan balik gua tak jumpe hantu. Tapi yang gua kesal,gua boleh jumpa road block pulak. Celake!

23 February 2011

spam inbox?

ape bende spam inbox ni? boleh makan ke? ade pulak org komen yg aku x dpat bace. jahanam la blog ni.

27 December 2010

Fikir sendiri

malaun mencipta kan komputer+internet=dunia tanpe sempadan.
Lepastu malaun tu cipta pulak virus+cecacing+kerawit+trojan untuk menggodam+merosakkan sistem komputer+mencuri duit dan lain-lain lagi.
Lepastu lagi,malaun cipta pulak antivirus+ubat cacing untuk mengelak komputer atau ape-ape sistem komputer tak rosak.

*********************************************************************************

so macam mana bisnes?
kapitalis?

30 November 2010

Meng anjing

Anjing punye anjing. ade ke patut dikejarnye aku mase nak datang cc ni tadi. tak tau ke aku penat balik kerja. kejar aku bukan dapat pahala pun. buat la amal lain daripada kejar aku yang penat ni. cilake punye anjing.

28 November 2010

Hampeh.

Suatu petang di Kedai 2 ringgit.
Tengah aku belek barang,tiba-tiba dengar budak ni cakap.

"mak,aidil da tak takut tengok cerita hantu."
"aidil da tak takut hantu lagi mak."

"eh? yeke? baguslah. tak payah la mak kena teman pergi toilet lagi nanti."
"emm...cerita hantu ape yang aidil tengok tu?"

"ceplos"

03 September 2009

Nama gelaran saya.

Hai... Nama saya Mohd rizwan.. Tapi rakan panggil saya yelley. yelley? ape kejadah tu? yelley tu nama gelaran saya la.

Mesti korang pelik dengar nama yelley ni kn? Nama yelley ni ade sejarah tau. Kutu-kutu melor ni la punya kerja. Memandangkan dekat tempat aku ni orang yang name wan sangat berlambak,maka masing-masing ada gelaran sendiri. Wan burger. Wan petrol. Wan black. Wan che daud. menyebut sekadar beberapa nama. Kalau nak diikutkan,memang banyak. pergi cc jumpe wan. pergi pasar jumpe wan. pergi jahanam pun jumpe wan jugak. Sebab tu la mase mesyuarat tahunan persekutuan kutu-kutu melor yang ke-5 diusulkan cadangan supaya bebudak nama wan ada gelaran sendiri. Jadik kalau sorang wan kene kutuk,wan yang lain takde lah nk terasa.

Macam mana aku boleh kene panggil Yelley?

Sebenarnya nama yelley ni aku dapat daripada 1 kilang dekat tempat aku. masa aku tingkatan 4 dulu aku pernah kerja dekat kilang Yee Lee pte ltd. Lepas aku berhenti kerja situ la terus melekat nama tu. Kalau nak ikut nama betul kilang dengan nama aku sekarang memang ade sikit beza. yelah,takkan nk sebut yee lee. susah tu,terkeliat lidah. kalau sebut yelley kn ade kemelayuan sikit. Jadi dari situ lah aku dapat nama aku yang sekarang ni.