03 September 2009

Nama gelaran saya.

Hai... Nama saya Mohd rizwan.. Tapi rakan panggil saya yelley. yelley? ape kejadah tu? yelley tu nama gelaran saya la.

Mesti korang pelik dengar nama yelley ni kn? Nama yelley ni ade sejarah tau. Kutu-kutu melor ni la punya kerja. Memandangkan dekat tempat aku ni orang yang name wan sangat berlambak,maka masing-masing ada gelaran sendiri. Wan burger. Wan petrol. Wan black. Wan che daud. menyebut sekadar beberapa nama. Kalau nak diikutkan,memang banyak. pergi cc jumpe wan. pergi pasar jumpe wan. pergi jahanam pun jumpe wan jugak. Sebab tu la mase mesyuarat tahunan persekutuan kutu-kutu melor yang ke-5 diusulkan cadangan supaya bebudak nama wan ada gelaran sendiri. Jadik kalau sorang wan kene kutuk,wan yang lain takde lah nk terasa.

Macam mana aku boleh kene panggil Yelley?

Sebenarnya nama yelley ni aku dapat daripada 1 kilang dekat tempat aku. masa aku tingkatan 4 dulu aku pernah kerja dekat kilang Yee Lee pte ltd. Lepas aku berhenti kerja situ la terus melekat nama tu. Kalau nak ikut nama betul kilang dengan nama aku sekarang memang ade sikit beza. yelah,takkan nk sebut yee lee. susah tu,terkeliat lidah. kalau sebut yelley kn ade kemelayuan sikit. Jadi dari situ lah aku dapat nama aku yang sekarang ni.

2 comments:

  1. hahaha..
    persoalan telah terjawab.
    bagus

    ReplyDelete
  2. yelley?...
    cite la pulak camne dpt patelley tu...
    hihihi...
    :)

    ReplyDelete