14 July 2009

pepsi cola dan coca cola

Apabila Barack Obama dipilih untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 44, dunia telah memberikan sambutan yang cukup hangat lagi menceriakan. Dari Portland ke Pantai Dalam, dari Geneva ke Gemencheh, dari Kenya hingga ke Kelabit, rakyat dunia telah mengalu-alukan Obama.

Sambutan meriah ini bukan salah. Yang di rayakan oleh rakyat dunia dan yang disambut ialah kesampaian Barack Obama seorang president yang berkulit hitam ke Rumah Putih.

Sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan hakiki yang sedang berlaku.

Pada tahun 60’an dahulu Pepsi Cola dan Coca Cola telah sampai dalam botol kaca ke Malaysia. Kemudian minuman ini datang pula dalam tin alimunium dan botol plastik. Coca Cola dan Pepsi Cola tetap sama tidak ada apa-apa yang berubah. Yang nampak berubah ialah cara minuman ini dikotakkan, cara ianya di iklankan dan cara produk ini di jual.

Bagitu juga dengan Parti Democrat atau Parti Republican dari Amerika - dua parti politik - Coca Cola dan Pepsi Cola. Tidak ada perbezaan dasar yang haikiki. Kedua parti ini mewakili kepentingan kaum pemodal multinasional, kaum Zionis dan industri senjata Amerika Syarikat.

Barack Obama menjadi presiden ketika sistem ekonomi kapitalis berhadapan dengan satu krisis yang amat besar. Sistem ekonomi kapitalis sedang dilanggar oleh masaalah lebihan pembuatan dan kurang permintaan. Krisis seperti ini berulang-ulang berlaku sepuluh tahun sekali. Ini adalah sebahagian dari hukum sistem kapitalis – kembung kemudian kempis. Atau seperti ular sawa bersalin kulit apabila badanya di rasuk hama, pacat atau kutu babi – berubah-ubah tapi ular yang sama.

Kaum pemodal dan tuan empunya industri senjata memahami krisis yang dihadapi oleh sistem kapitalis. Mereka juga sedar bahawa Bush yang mewakili kepentingan mereka selama lapan tahun telah melakukan apa yang wajib dilakukan dengan terbaik. Kepentingan ekonomi mereka telah dipertahan di seluruh dunia.

Bush telah melancarkan perang. Dasar ‘war on terror’ sedang berjalan. Undang-undang Patriot Act telah diterima pakai. Semua ini telah menguntungkan kaum pemodal. Maka telah sampai masanya untuk meneruskan projek mereka untuk mendominasi dunia dengan satu taktik yang baru.

Kaum pemodal Amerika memerlukan kotak yang baru untuk mengekspot dasar lama mereka.

Justeru, kepimpinan parti Republican wajib diubah. Parti Democrat perlu dinaikkan. Dalam suasana dunia yang haru biru ini dasar yang terbaik untuk ialah menaikkan seorang presiden yang berkulit hitam. Dengan munculnya seorang presiden berkulit hitam, pasti untuk seketika waktu ianya akan dapat mengabui mata rakyat Amerika dan juga pandangan rakyat dunia. Ini terbukti dengan ‘heboh-heboh’ belaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia pada minggu pertama sesudah Obama menang.

Rakyat Amerika sendiri dan rakyat dunia telah menunjukkan muak dan bosan dengan dasar yang di bawa oleh George W Bush. Mereka mahukan satu perubahan. Ombak menentang dasar perang yang didalangi oleh Bush cukup ampuh – bukan sahaja di Amerika malah di seluruh dunia. Jika seorang lagi Republican menginap di Rumah Puteh seperti McCain maka besar kemungkinan pemberontakan akan berlaku di Amerika sama seperti di era Nixon – dimana anak muda Amerika bangun menentang dasar berperang dengan rakyat Vietnam.

Justeru untuk mematahkan semangat anti-perang dan anti-Amerika yang meluap-luap di seluruh dunia, maka taktik yang dilakukan ialah menaikkan seorang lelaki berkulit hitam ke Rumah Puteh. Ini cara kaum pemodal internasional dan kaum Zionis merancang.

Apabila Barack Obama masuk ke Rumah Puteh dia akan berhadapan dengan krisis ekonomi yang maha besar. Belum pernah krisis ekonomi yang berlaku hari ini dihadapi oleh seorang Presiden Amerika. Bank-bank Amerika yang besar telah tutup kedai, syarikat dana keewangan gergasi telah lingkup, tiga kilang pembuat kereta terbesar di Amerika sedang jatuh muflis. Banyak warga gagal membayar hutang membeli rumah. Hasilnya banyak rumah diambil oleh bank dan warga tidak berumah. Dalam masa yang sama warga Amerika kehilangan kerja semakin melimpah.

Zaman meleset tahun 1929 pun tidak seberat yang akan di hadapi oleh Barack Obama. Kalau tahun 1929 dahulu yang jatuh muflis hanya Amerika – pada tahun 2008/2009 ini sistem ekonomi kapitalis telah menjadi sistem ekonomi global. Tidak ada negara dan pulau yang akan terselamat dari krisis yang pasti akan sampai ini.

Krisis ini lebih molek dihadapkan kepada Presiden yang berkulit hitam. Yang berkulit lebih baik dan dapat dilihat ‘kosher’ untuk ‘membaham rakyat yang berkulit hitam di Asia, Afrika dan Latin Amerika.’

Ketika menulis ini, Barack Obama hanya baru melantik beberapa susuk untuk turut sama dalam pentabirannya. Malah ramai kaki tangan Bush juga akan turut sama dalam pentabiran Obama. Apa yang jelas dasar luar Obama tidak jauh bezanya dari dasar yang telah dijalankan oleh Bush – terutama dalam dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Barack Obama ‘belum mengeluarkan dasar yang jelas untuk menghentikan perang di Iraq dan Afghanistan’.

Ini bukan kerana Obama tidak sedar tentang kemusnahan yang dibawa oleh perang. Obama sedar. Dia bersekolah dan boleh membaca. Obama juga tahu angka soldadu Amerika yang gugur di Iraq telah melintasi 4000. Tetapi, Obama juga sedar jika dia mengambil dasar anti-perang maka pastilah wakil dan tuan empuanya industri senjata dan kaum Zionis di Amerika tidak akan memberi derma untuk kempennya. Obama juga sedar kumpulan ini memiliki kuasa dan boleh mengarahkan media-media berpengaruh di Amerika untuk bersimpati dengan Obama atau sekurang-kurangnya tidak memperlekeh kempennya.

Sebenarnya kulit hitam atau kulit putih yang menduduki Rumah Puteh tidak memiliki apa-apa makna untuk rakyat dunia. Dasar imperialias Amerika tetap sama. Dasar luar Amerika belum berganjak. Dasar pro Israeal dan anti Palestine masih belum berubah.

Barack Obama belum menyatakan apakah dia akan meneruskan perang ilusi – War On Terror’ – dasar yang dimulakan oleh Bush. Dasar perang melawan keganasan ini adalah strateji perang berjangka panjang yang ditelorkan oleh kabal Zionis dan kumpulan neocon di Washington. Dasar ini bertujuan untuk melahirkan apa yang dipanggil New World Order/Tataan Dunia Baru.

Yakinlah dalam masa yang terdekat semua hu ha hu ha dan gedebak gedebuk kegembiraan menyambut Barack Obama ini akan pancet. Kulit hitam atau kulit putih bukan persoalan. Ianya tidak ada apa-apa makna yang hakiki. Untuk ujian : sila beli satu botol Coca Cola dan satu botol Pepsi Cola. Tutup mata dan minum. Pasti tidak ada perbezaan. Dua-dua milik kuasa modal Amerika.

No comments:

Post a Comment